“Kαlαh anak artis lain..”- Anak Eina Azman Cµri Perhatian Warganet, Bakal Dinobαt ‘Malaysian Sweetheαrt’

Baru-baru ini berlangsungnya Anugerah Mele’top Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya diadakan pada bulan Januari lalu. 

Menampilkan beberapa selebriti tanah air membawa pulang anugerah dalam kategori yang dipertandingkan. 

Antara selebriti yang memenangi anugerah adalah anak kepada pelakon cantik, Eina Azman iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef. 

Pasangan kembar Eina Azman telah terpilih sebagai Si Cilik Mele’top mengalahkan calon-calon anak selebriti lain. 

Berita gembira itu turut dikongsi oleh Eina Azman di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut. 

“Salam… Syukur Alhamdulliah semalam @aubreykarl menang untuk kategori “Si Cilik Mele’top” Terima kasih semua sebab always support video masakan AubreyKarl. Insyallah lepas ni kami akan pelbagai kan lagi video,” kapsyennya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada kembar Eina kerana berjaya merangkul anugerah tersebut. 

Congrats sayang…both of you so CUTE semalam..😍😍 Congrats buat Datin n Dato juga ya

Congraaattsss…So Cute both of them

Untuk makluman, Eina sering berkongsi video masakannya yang mudah dan senang diikuti selain sering bergandingan dengan anak-anaknya untuk turut serta memasak. 

Video perkongsian masakan Eina sering menjadi tumpuan para peminat ditambah dengan kehadiran anak-anaknya yang comel. 

Sebelum ini pun pasangan kembar Audrey dan Karl sudah menarik perhatian ramai dengan kecomelan mereka berdua yang kini membesar cantik dan kacak.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinetronmalaya

[2] Gambar, eina_azman, rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.