
Pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamil sudah 3 bulan bergelar ibu dan bapa kepada puteri sulung mereka iaitu Nur Khawla Soleha.
Memiliki anak perempuan yang comel, pasangan ini telah mewujudkan akaun Instagram untuk anak mereka sebagai perkongsian momen-momen indah kepada peminat.
Terbaharu, video interaksi Ernie dan anak perempuannya telah menarik perhatian ramai dengan telatah comelnya.
Video yang dikongsi oleh seorang peminat Ernie dan Syamil iaitu @erxsyfanpage telah meraih sebanyak 1.2 juta tontonan serta 121 ribu tanda suka dengan pelbagai reaksi positif daripada peminat.
Apa yang menarik perhatian adalah suara yang diutarakan oleh Ernie yang sedang bercakap dengan Khawla menggunakan suara ‘kepit’ dan ini mencuit hati warganet.
Tidak ketinggalan Syamil yang melon’tarkan suara nyanyiannya ketika merakam isteri dan anaknya dengan lagu ‘Happy Family’ daripada karakter Barney.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan telatah comel Ernie ketika bercakap dengan anak perempuan mereka.
“Dulu dia guna tone cmtu utk kucing2 dia je, skrg kt ank pulak comel je..”
“Kalau ernie bt suara comel aku faham. yg syamel pn ikut skali bt suara tu apehal? dh dua2 jadi comel.”
“HAHAHAHAHAHHAHAHA XYAH G DISNEY DAH , dah ada barney dgn minnie mouse dah dik kat umah awak dik.”
“Tibe2 mak lg comel dr anak. Comel gi’la family nyaa.”
“Ade 3 baby lh ni…. 2 baby tua hehe tpi comel happy fmly.”
“Suke sgt aku dengan fmly ni semoga bhgia selalu sehat dlm rahmat ALLAH ye aamiin.”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan,himpunanceritalawak
[2] Gambar utama, syamel_official, @erxsyfanpage
[3] Gambar lain, erniezakri
[4] Video, @erxsyfanpage