
Pada 25 Mei lalu, pengacara dan penyampai radio selamat menimang cahaya mata ketiga dan menyambut sendiri kelahiran anak perempuannya.
Kini, genap seminggu kelahiran puteri bongsunya, Haziq Hussni akh’irnya mende’dahkan wajah anaknya menerusi laman Instagram miliknya.
Haziq dan isteri, Ayunda Putri bersepakat memilih nama Charissa Azzahra untuk anak perempuan mereka yang baru lahir itu.
“MasyaAllah Tabarakallah. Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan,” tulisnya.
Haziq juga menitipkan doa buat anak perempuannya supaya membesar menjadi seorang yang berjaya bila besar nanti.
“Lahir 25 May 2022 9.52 am, 3.05 kg. Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” kapsyen Haziq.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan wajah anak Haziq.
Kuat betul genetik Haziq.. x thu la besar mcam mna nti.. nmpk mcm arab2 mat saleh skit
SubhanaAllah comelnyaaa awak syggg… Smga terus membesar dgn sihat ye
Terdahulu, Haziq melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran bayi ketiganya serta bertuah kerana berpeluang menemani isterinya ketika berada di dewan pembedahan.
Selain itu, dia juga dapat memegang tangan isterinya sepanjang waktu bersalin itu.
Untuk makluman, Haziq dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mediahiburan
[2] Gambar,haziq_hussni