(Video) “To my lovely daddy & mommy…” Tulis Surαt Dalam Mandarin, Luαhαn Anak Aril Pilus Sentµh Hαti Ramai

Setiap ibu bapa akan terharu apabila kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak dibalas dengan sebuah penghargaan. 

Perkongsian pelakon dan penyanyi Aril Pilus berkenaan surat yang diterima olehnya membuatkan dia dan isteri rasa terharu. 

Surat yang ditulis oleh anaknya iaitu Tun Adriel Mikael, 7 dalam bahasa Mandarin benar-benar membuatkan dia dan isteri rasa dihargai. 

Pun begitu, dia terpaksa meminta pertolongan daripada guru bahasa Mandarin kelas tambahannya untuk menterjemahkan surat yang ditulis anaknya. 

 

“Tersentuh hati aku bila aku tengah siap-siapkan anak punya tution, aku pon text la teacher dia hal-hal homework dia, lepas tu anak aku cakap ada 1 paper tu, teacher sekolah dia suruh buat surat. 

“Kita mak ayah tak faham mandarin, that’s why hantar dia tution, memang struggle sikit ya kawan-kawan kalau anak sekolah mandarin ni. 

“Jadi aku pun snap picture dan hantar pada teacher dia, tak lama tu teacher dia balaskan apa yang anak aku tulis, mmg menyentuh hati,” kongsi Aril. 

Terjemahan surat yang ditulis anaknya menyentuh hati seorang bapa apabila anak meluahkan rasa sayang kepada orang tuanya. 

“Kepada ayah dan ibu tersayang, saya sayang kamu. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa kamu dengan kasih sayang,” isi surat anak Aril. 

Setelah mendapat tahu isi kandungan surat tersebut, Aril sebak dan membalas ucapan anaknya dengan luahan rasa sayang yang tidak ternilai. 

“ibu dan ayah sayang kamu juga sayang #TunAdrielMikael da besar da anak ayah ni,” balasnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairil Azam Pilus (@arilpilus)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu dengan ucapan anak Aril dan menitipkan doa buat mereka sekeluarga. 

“Sama la ank ada ambil bahasa cina..maknya sikit pon xfaham..ank baru tahun 1..bila dia bawa blik rumah kerjanya..nk menangis rasa sbb xdapat bantu langsung..bahasa arab pon..hmm”

” Teringat dulu sekolah cina homework mmg banyak smpai nangis2 siapkan tp arwah ayah temankan smpai tengah malam”

“Alhamdulillah smoga jd ank yg baik”

“Ala kita yang baca ni pun tersentuh”

“Allahuakbar… Such a sweet boy.. Moga anak soleh ini berjaya dunia akhirat dan sentiasa banggakan mummy daddy.”

“Awww such a sweet boy mikael. Semoga terus rajin2 belajar dan menjadi anak soleh buat daddy n mummy”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, burmeseasia

[2] Gambar, arilpilus

[3] Video, arilpilus

Leave a Reply

Your email address will not be published.