“Apa yang penting bayi keluαr dengan selamat…” Elisya Sandha Bαkαl Bersαlin 16 Jun, Dedαh Jantina Anak

Setelah lama berteka-teki, pelakon cantik Esiya Sandha akhirnya mengumumkan kehamilannya pada usia kandungannya 31 minggu. 

Elisya Sandha atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23 berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya video keju’tan yang dibuat untuk suami dan ahli keluarganya. 

Menurut Elisya juga, dia bakal dikurniakan bayi perempuan serta dijangka bersalin pada 16 Jun nanti. 

Selain itu, Elisya juga sudah mempersiapkan diri dengan membaca buku berkenaan menjadi ibu bapa serta penyusuan ibu. 

“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena jalani proses pembed4han saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat. 

“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebim’bangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang. 

“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak jadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” ujarnya. 

Sebelum ini, Elisya dan suami Uzair Haqimy, 26 yang juga merupakan anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengadakan majlis ‘baby shower’ sekaligus mende’dahkan jantina bayi mereka. 

Dalam pada itu, suami Elisya memaklumkan dia sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa meskipun timbul rasa gemen’tar. 

“Perasaan sekarang adalah gemen’tar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, berta’rung nyawa dan akan banyak da’rah. 

“Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Dia cakap, kalau ada niat bu’ruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri berta’rung nyawa ketika bersalin. Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” katanya. 

Untuk makluman, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, burmeseasia

[2] Gambar, uzairhaqimy69, elisyasandhaofficial, sheilarusly_jspictures

Leave a Reply

Your email address will not be published.