
Setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang boleh menjadi sahabat mereka untuk berkongsi aktiviti bersama.
Keakraban antara anak dan bapa perlu dipupuk sejak kecil supaya tiada rasa kekok apabila ingin melakukan aktiviti bersama.
Seperti perkongsian terbaharu Sharnaaz Ahmad bersama anaknya Jebat Jayden nyata mencuit hati warganet.
Mana tidaknya, video berdurasi pendek dimana Sharnaaz berkongsi ucapan hari ulangtahun bagi stesen televisyen terbesar Malaysia iaitu TV3, dimuat naik ke laman Instagram miliknya mendapat perhatian ramai.
Apa yang mencuit hati ramai, Sharnaaz tidak keseorangan tetapi ditemani oleh anak tunggalnya, Jebat.
Sharnaaz meminta anaknya untuk turut sama mengucapkan hari ulangtahun, namun caranya seperti kawan-kawan.
Dek kerana Jebat lambat untuk berkata-kata menyebabkan Sharnaaz menyiku lengan Jebat supaya menuturkan kata-kata.
View this post on Instagram
Hal ini mengundang tawa warga maya dengan meninggalkan pelbagai komen di laman Instagram milik pelakon itu.
“Hahahahaha g senggol nya anak dia mcmtu.”
“Kelakar jebat ni. haha. wat muka selamba je pok dia siku.”
“Hahahahah jebat macam member jee kene siku .. cute.”
“Setiap hari tgk dia.. tp hari ni tgk rasa nk pinang dia.”
“Shahnaaz ahmad padunya pedih mata menampak awak”
“Die siku je si jebat tu…baik si jebat steady”
Jebat Jayden merupakan anak hasil perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang kini berusia empat tahun.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar dan video, sharnaazahmad