“Dia ada kerja je, sεdih…” Mira Filzah Kongsi Pengalaman Berpαntang, Seronok Belαjar Benda Baru

Bagi para ibu yang baru melahirkan pastinya akan melalui proses berpan’tang. 

Fasa berpan’tang adalah fasa yang paling penting bagi ibu terutama bagi yang melahirkan anak sulung. 

Bagi pelakon dan pengacara Mira Filzah yang baru melahirkan putera sulung pada 9 Syawal lalu, dia mengakui waktu berpan’tang adalah momen untuk belajar perkara baru. 

Pertama kali menjadi seorang ibu banyak memberi pengajaran serta pengalaman kepadanya lebih-lebih lagi perihal pengurusan bayi dan lain-lain. 

Berkongsi pengalaman barunya, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman menjawab pelbagai persoalan peminatnya yang bertanya perihal berpan’tangnya. 

Antara jawapan yang diberikan oleh Mira adalah dia melalui momen berpan’tang dengan baik dan tenang serta belajar banyak perkara baru setiap hari. 

“Alhamdulillah. Everyday is learning day,” tulisnya. 

Tambahnya, meskipun hari berpan’tangnya dilalui dengan baik, namun mood dan emosinya cepat berubah terutama ketika suaminya tiada di sisi. 

“Mood swing tak? Emotional je. Clingy dengan @wanemirastar. Dia ada kerja je, se’dih. Adududu. Apa lah,” tambahnya. 

Bercerita mengenai pemakanan yang diamalkan, Mira memaklumkan dia tidak mengamalkan sebarang jamu sebaliknya mengamalkan pemakanan sihat dan suplemen yang disyorkan oleh pihak hos’pital saja. 

Selain itu juga, Mira turut berkongsi menu berpan’tang yang diambilnya selain menyatakan suaminya iaitu Wan Emir turut serta makan lauk yang disediakan untuknya. 

Selain soalan tentang berpan’tang, Mira juga menjawab persoalan ketika dia sedang hamil dan waktu bersalin. 

“Tak ada specific. Mira baca je semua. Mana yang orang share, mana yang terkeluar dekat explore, mana yang kita Google. 

“Mira banyak berdoa dalam bahasa Melayu, permintaan dan hajat semua dalam bahasa Melayu. Mana-mana pun boleh okey. Asalkan apa-apa doa kita baca tu cuba fahamkan maksudnya jugalah,” ujarnya lagi. 

Untuk makluman, Mira dan Wan Emir melangsungkan perkahwinan pada tahun 2020 dan dikurniakan putera sulung diberi nama Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, majalahpama

[2] Gambar, mfmirafilzah

Leave a Reply

Your email address will not be published.