“Nama itu memang sesuai…” Sheila Rusly Sudah Siap Pilih Nama Untuk Anak Elisya Sandha

Pelakon Elisya Sandha bakal melahirkan bayi pertama tidak lama lagi dan sudah mengadakan ‘gender reveal’ bagi bayinya. 

Elisya dan suami, Uzair yang juga merupakan anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly memaklumkan bakal menimang cahaya mata perempuan. 

Dia juga mende’dahkan nama untuk anak perempuannya sudah ada dan dipilih sendiri oleh ibu mertuanya. 

“Ketika usia kehamilan saya mencecah lima bulan, ibu mertua ada bermimpi mengenai nama untuk anak kami.  

“Jadi, dia minta untuk berikan nama bagi cucu pertamanya. Saya dan suami terus bersetuju… tambahan pula nama itu memang sesuai. 

“Bagaimanapun, kami tidak bolehlah nak kongsi nama itu sekarang. Tunggu lepas kelahiran. Cuma apa yang boleh dikongsikan, nama tersebut ada gabungan nama saya dan juga suami,” ujarnya. 

Terdahulu, Elisya memaklumkan dia mahu bersalin secara normal sekiranya tiada apa hala’ngan, namun tidak kisah jika terpak’sa dibe’dah asalkan anak dilahirkan dengan selamat. 

“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena jalani proses pembed4han saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat.   

“Sepanjang kehamilan pula saya banyak membaca buku tentang parenting dan juga penyusuan ibu,” tambahnya lagi. 

Elisya bakal bersalin pada 16 Jun depan dan akan berpan’tang di rumah ibu mertuanya iaitu Sheila Rusly. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, sheilarusly_jspictures, elisyasandhaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.