(Video) “Comel macam Hannah Delisha…” Kecomelan Anak Kacukan Melayu Sweden Jadi Bualan Ramai

Sebelum ini tular berkenaan seorang wanita dari Malaysia yang mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Sweden. 

Perkenalan ringkas antara Siti Safura dan Paulius Stumbrys atau nama Islamnya, Asadullah membawa mereka ke jinjang pelamin. 

Mereka dikurniakan dua orang puteri yang cantik dan comel iaitu Dhuhaa Sophea, 5 dan Amirah Al-Imaan, 3 tahun. 

Menurut Safura, persekitaran yang tenang dan selesa membuatkan dia mudah menyesuaikan diri. 

“Kami tinggal jauh dari komuniti Islam tetapi saya langsung tidak rasa terasing kerana masyarakat tempatan biasanya memiliki peribadi yang lebik baik dan tidak sombing.

“Meskipun jauh dari komuniti Islam, tapi kami mudah untuk mendapatkan makanan halal.

Kecantikan dan kecomelan dua beradik ini menjadi bualan ramai membuatkan mereka sering mendapat perhatian setiap kali ibu mereka berkongsi foto mereka ke laman Instagram. 

Perkongsian terbaharu Siti Safura sekali lagi menarik perhatian warganet dan rata-rata mereka memuji kecomelan mereka berdua. 

Ada antara mereka menyamakan kecantikan dua beradik dengan pelakon cantik Hannah Delisha dek kerana kecomelan mereka. 

“Allah Hu akbar.. Kecantikan yg indah diberi kn buat mereka, semoga anak membesar dng sihat both princess”

“MaayaaAllah anak^^ yang cantik Sholeha,,semoga sehat dan ceria selalu ya, salam dari indonesia”

“Moga keduanya sentiada dalam limpah dah rahmat ALLAH SWT sehingga dewasa, menemukan lelaki yg baik sebagai peneman hidup mereka ”

“Saya tidak sabar menunggu besarnya cantiknya akan seperti apa.. ”

“Mudah2an nnti anakku kalau prmpuan, cantiknya sprti ini ya alloh,, aamiin”

“Mashaallah, indahnya ciptaan Allah. Cantik sungguh budak2 berdua ni ”

 Sekadar info dan semoga bermanfaat.

Gambar dan video, ctsafuraa_

Leave a Reply

Your email address will not be published.