Anak Allahyαrham Mr. Os Tidak Kelihαtan Di Sepahtu Reunion Live, Akhirnya Jep Sepahtu Tαmpil Jelαskan Perkara Sebenαr

Dewa Arteh merupakan pemenang Kasut Emas bagi program realiti Mencari Sepahtu Yang Hi’lang 2021 yang berlangsung pada penghujung tahun lepas. 

Semalam berlangsungnya episod pertama program Sepahtu Reunion Live 2022, namun kelibat pelawak baru Dewa tidak kelihatan. 

Dengan ketiadaan Dewa pada program tersebut menimbulkan tanda tanya di hati banyak pihak. 

Akhirnya, Jep yang merupakan ahli kumpulan Sepahtu tampil untuk menjawab pertanyaan orang ramai yang keli’ru dengan ketiadaan Dewa pada program tersebut. 

Menurut Jep, Dewa hanya membuat kemunculan di Sepahtu Reunion Live pada edisi yang lalu sebagai bonus hadiah kemenangan dan bukannya sebagai ahli tetap. 

“Sebenarnya kemunculan Dewa di Sepahtu Reunion Live adalah sebagai hadiah kemenangan juara program Mencari Sepahtu Yang Hi’lang. Itu sahaja yang kita janjikan. 

“Jadi kemunculannya setakat itu sahajalah, bukan sebagai kemunculan tetap. 

“Penampilannya pada edisi terdahulu adalah sebagai bonus di atas kemenangan. Bila kita mula dengan musim baharu, dia dah tiada,” ujarnya kepada Astro Gempak. 

Tambah Jep lagi, perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada semua peserta ketika mereka bersa’ing menjadi juara lagi. 

“Mereka semua pun tahu tentang perkara tersebut, sebelum bermula program Mencari Sepahtu Yang Hi’lang pun kita ada maklumkan kepada semua peserta tentang hadiah bonus itu. Jadi jelas di situ,” ujarnya. 

Untuk makluman, Dewa juga merupakan anak kepada lagenda Mr. Os bukan sahaja memenangi program Mencari Sepahtu Yang Hi’lang bersama kumpulan Arteh malah telah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar , dewaarteh, jepsepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published.