Wajah Terkini Anak Awie, Jadi Buαlαn Netizen

Arni Nazira merupakan penyanyi popular sekitar tahun 90an dan sudah 12 tahun menyepi sejak mendirikan rumah tangga. 

Arni di jemput hadir untuk temu bual ekslusif bersama Nona dan bercerita tentang perkembangan kehidupannya sekarang. 

Bercerita lebih lanjut, dua puterinya hasil perkahwinan terdahulu bersama penyanyi rock tanah air, Awie Wings sudah meningkat dewasa kedua-duanya. 

Puteri Aleeya Antasha, 22 dan Puteri Aleefa Antasha, 20 masing-masing sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej yang sama dalam bidang pengurusan acara. 

Menurutnya, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama disebabkan minat serta hubungan mereka berdua sangat rapat. 

Bercerita berkenaan karakter masing-masing, kedua-dua anaknya memiliki perwatakan berbeza antara satu sama lain dan ini membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi. 

“Memandangkan Puteri Aleeya anak yang sulung maka kami menggelarnya Kakak. Dia seorang yang lembut, kakak yang penyayang dan sangat menjaga adik-adiknya. Memang terserlah karakter ‘anak sulung’ dalam dirinya.   

“Puteri Aleeya juga rajin mengambil tahu tentang adik adiknya yang lain. Disebabkan itulah dirinya menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan berdikari. Memandangkan Puteri Aleeya tinggal di asrama maka kami jarang berjumpa. Hanya pada hujung minggu jika ada masa terluang kami akan bertemu.  

“Manakala Puteri Aleefa pula karakternya sedikit ‘kas4r’ berbanding kakaknya. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat penyayang dengan adik-adiknya. Saya bersyukur kerana Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa mudah mendengar kata dan berfikiran matang,” tambahnya. 

Pada tahun 2009, Arni berkahwin buat kali kedua dengan seorang usahawan, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 12, Wan Ayesha Maserra, 10 dan Wan Muhammad Mushrief, 7. 

Meskipun berjauhan, Arni dan kedua puterinya sering berhubung melalui aplikasi Whatsapp atau panggilan video dan sering menasihati mereka untuk jaga diri dan utamakan solat. 

“Kalau bertemu atau sekadar berbual dalam telefon itulah pesanan utama saya buat mereka setiap hari. Kami akan video call atau bermesej di WhatsApp.  

“Saya mendoakan mereka menjadi anak-anak yang solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan hidup yang sebenar, Insya-Allah.  

“Saya mahu yang terbaik buat anak-anak, bukan saja Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa bahkan anak-anak yang lain juga,” ujarnya lagi. 

Untuk makluman, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni dan Awie sebelum mereka berce’rai pada tahun 2006. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinarviral

[2] Gambar, mediahiburan, keluarga, nona

Leave a Reply

Your email address will not be published.