(Video) “Jarang jumpa artis nak macam ni..” Ini Respοns Neelofa Bila Ditαnya Nak Anak Berapa

Baru-baru ini Neelofa diundang untuk bergandingan dengan Amyra Rosli dalam rancangan Nona sempena ulang tahun stesyen TV3 yang ke-38. 

Pelbagai topik menarik yang diulas oleh mereka berdua terutamanya perihal kehidupan terkini Neelofa yang sudah bergelar seorang ibu. 

Terdahulu, Neelofa memberi bayangan tentang wajah anaknya iaitu Muhammad Bilal yang pada awalnya memiliki raut wajah seakan abahnya iaitu suami Neelofa, Muhammad Harris Ismail namun semakin membesar seakan wajahnya. 

Hal ini susulan daripada pertanyaan Amyra mewakili para peminat Neelofa yang penasaran akan wajah anaknya memandangkan dia masih belum mende’dahkannya. 

Antara topik lain yang dikupas adalah tentang kekeluargaan, dimana persoalannya berapa ramai anak yang Neelofa inginkan. 

Menjawab persoalan tersebut, Neelofa menyatakan dia berhasrat untuk memiliki anak seramai yang boleh. 

“Dalam kekeluargaan tu mungkinlah Lofa nak tambah sorang lagi anak ke?” tanya Amyra. 

“Anak kalau boleh nak ramai… unlimited,” jawab Neelofa. 

Video tersebut dikongsi semula oleh pengguna akaun TikTok @seorangnur dengan jumlah tontonan sehingga 300 ribu serta 24 ribu tanda suka. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut menyokong impian Neelofa untuk memiliki ramai anak. 

Selain itu ada juga yang mendoakan agar urusan Neelofa dipermudahkan. 

Kalau dekt indonesia ada maudy ayunda kalau dekat malaysia kita ada neelofa, beauty with brain both

Subhanallah kita ni makin ramai anak makin murah rezeki kita, ibubapa sbnrnya tumpang rezeki anak2,

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, aamyrarosli, neelofa

Video, @seorangnur

Leave a Reply

Your email address will not be published.