(Video) “Untung dapat tengok konsert free…” Tok Ti Nyαnyi Di Kenduri Kahwin Buat Rαmαi Terpegµn

Pertemuan dengan selebriti sama ada pelakon atau penyanyi yang diminati pasti membuatkan kita rasa teruja. 

Apalagi sekiranya penyanyi tersebut seorang yang terkenal bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara. 

Begitulah dengan perkongsian seorang pengguna TikTok @isma.krisma yang memaparkan penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Menerusi perkongsiannya, Datuk Siti dilihat sedang berduet dengan seorang lelaki di sebuah kenduri kahwin. 

Difahamkan Datuk Siti sedang menghadiri kenduri saudaranya kemudian mendendangkan lagu bersama bapa saudaranya. 

Perkongsian video tersebut meraih sehingga hampir 300 ribu tontonan serta 6 ribu tanda suka. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet menyatakan keberuntungan mereka di sana dapat menyaksikan persembahan Datuk Siti secara percuma. 

“Dorang mcm x heran pun Siti… kita kalau duk situ, x tau lah cane…” 

“Sempoi la tokti artis no 1 malaysia pon x malu nyanyi kat kejekwin… terbaik” 

“Untung la sedara dgn tokti..tgok konsert free..x yah byar” 

“Tanpa autotune, tanpa mic hi quality, speaker pun biasa2….tapi suara tetap sedap” 

“Suara ct kot mana pun..mantop sedia” 

“Kak iti relax je… very the humble la… lagi loveee la” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mimbarraudhah

[2] Gambar, ctdk

[3] Video, @isma.krisma

Leave a Reply

Your email address will not be published.