(Video) “Patutla ummi makin clingy…” Neelofa Dedαh Sikαp Harris Selepas Bergelαr Bapa

Apabila bercerita mengenai pertama kali bergelar ibu dan bapa, sepastinya setiap orang ada pengalaman masing-masing. 

Begitulah dengan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa yang baru bergelar seorang ibu kepada Muhammad Bilal. 

Bercerita lebih lanjut, dia melihat banyak perubahan berlaku kepada suaminya yang juga seorang pendakwah bebas, Muhammad Harris Ismail apabila bergelar seorang bapa. 

Menurutnya, Harris sebagai seorang suami menjalankan tanggungjawab dengan baik serta mengambil berat. 

Selepas bersalin, perubahan yang dapat dilihat adalah Harris seorang yang sangat ‘detail’ dan ‘overprotective’. 

“Bila Bilal ke’luar tu Harris jadi ‘overprotective’ side yang tak pernah nampak sebelum ni. Dia sangat-sangat mengambil berat dengan sekecil-kecil ‘detail dia ambil kisah. 

“Tentang kesihatan ke, pemakanan ke, keadaan bilik ke. Sangat prihati tentang semua perkara. Dimana perkara itu sangat baik, sebab kitapun bereksperimen. Ini merupakan anak pertama kami,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, dia amat bersyukur dengan kehadiran Harris sebagai suami kerana Harris menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab selepas memiliki anak. 

“Sebelum ada anak dia dah nampak bertanggungjawab, selepas ada anak dia lebih bertambah-tambah bertanggungjawab yang membuatkan saya amat bersyukur,” ceritanya lagi. 

Keratan video ini dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @seorangnur dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. 

“Isteri mithali Lofa ni,x pernah lg kekurangan Haris dia kongsi.Beruntungnya suami.Jaga Lofa elok2.Isteri idaman semua suami.” 

“Alhamdulillah, kasih sayang seorang suami & abah buat anak & isteri tercinta” 

“Patut la ummi makin clingy” 

“Alhamdulillah syukur,keinginan para isteri semua” 

“Untungnya Nelofa” 

“Alhamdulillah semoga kita dibersihkan hati 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, neelofa, kdnews

Video, @seorangnur

Leave a Reply

Your email address will not be published.