(Video) “Nervoús kot dapat jumpa idola…” Reaksi Aina Abdul Tersαlαh Masuk Korus Buat Ramai Terhibur

Aina Abdul merupakan peminat te’gar Datuk Seri Siti Nurhaliza dimana dia menyatakan sudah menghafal kesemua lagu – lagu Datuk Siti. 

Menurut Aina, dia bukan sahaja meminati nyanyian penyanyi tersohor itu malah ob’ses dengan kehebatan Datuk Siti dalam industri hiburan seni.

 Menyanyi bersama Datuk Siti merupakan satu peluang keemasan bagi Aina untuk bergandingan dengan idolanya. 

Sebelum ini, Aina diberi peluang untuk bernyanyi bersama Datuk Siti pada malam kemuncak Big Stage 2022. 

Gandingan mereka berdua sekaligus mendapat pujian ramai apabila mereka berdua berjaya mempersembahkan lagu dengan jayanya. 

Terbaharu, sekali lagi Aina mendapat peluang untuk menyanyi bersama bintang terkenal tanah air itu ketika sambutan rumah terbuka raya CTDK Holdings. 

Perkongsian salah seorang peminat Datuk Siti melalui aplikasi TikTok @sitizoner, memperlihatkan Aina bergandingan dengan Datuk Siti mendendangkan lagu raya. 

Namun, kejadian lucu terjadi apabila Aina tersalah masuk korus dan sempat ditegur oleh Datuk Siti. 

Reaksi Aina apabila tersalah menghiburkan para penonton dengan telatah comelnya. 

2 comel semoga aina ganti tok ti satu hari nanti

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ainaabdul, @sitizoner

Video, @sitizoner

Leave a Reply

Your email address will not be published.