
Selepas bergelar seorang ibu, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi perubahan yang dialaminya bersama suami.
Sebelum ini, Neelofa menceritakan bagaimana suaminya iaitu Muhammad Harris Ismail berubah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
Menjaga anak pertama merupakan pengalaman indah bagi mereka berdua yang kini berusia 5 bulan lebih yang diberi nama Muhammad Bilal.
Selain itu juga, Neelofa juga berkongsi tips cara keibubapaan yang penting untuk para ibu bapa.
Menurut Neelofa, bayi mempunyai tangi’san yang berbeza bergantung kepada bunyi tangi’san bayi tersebut.
Hal ini berikutan pembacaan Neelofa dan persediaan sebelum bersalinkan Bilal.
Perkongsian video tersebut dikongsi oleh seorang peminat Neelofa menerusi akaun TikTok @seorangnur.
“Bagus Lofa ni, memang dia cari ilmu untuk jadi Ummi yang terbaik untuk anak-anak dia,” kapsyennya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Neelofa yang membuat persediaan yang lengkap untuk bergelar seorang ibu.
“Knowledge is important ye mommies, baby language, cara urut colic, cara latching, cara pegang baby time nyusu, banyak lagi”
“Bertuah bilal dpt ibu yg cantik dan berpengetahuan..”
“Kelebihan org suka mmbaca.. all knowledge dia akan tahu..”
“Alhamdulillah. Tahniah @neelofa. Seronok dengar Lofa educate mommies.”
“Bila dapat mak berilmu sebab tu kena banyak belajar so nanti dapat anak pun kita bole handle dgn baik gitu”
“Terbaik laa lofa suka pelajar amik tahu semua bb jaga baby kita ni ank ramai pun jaga biasa2 je”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar, neelofa
Video, @seorangnur