(Video) “Ibu takde, daddy búli…” Telαtαh Syamel Bermain Dengan Anaknya Undαng Tawa Netizen

Pasangan penyanyi Erni Zakri dan Syamel baru sahaja menimang seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha. 

Lahir pada bulan Februari lalu, kini Khawla berusia 3 bulan lebih menjadi penghibur dan penyeri buat Syamel dan Erni. 

Baik Syamel mahupun Erni sering berkongsi interaksi mereka bersama puteri kesayangan mereka sama ada di Instagram mahupun TikTok. 

Anak – anak apabila diting’galkan sendirian dengan ayahnya pasti ada saja idea lucu yang ingin dilakukan.

Terbaharu, telatah Syamel bermain dengan anaknya mencu’ri perhatian warganet. Mana tidaknya, aksi Syamel meniru gaya filem antarabangsa popular James Bond bersama anaknya buat ramai tergelak. 

Anaknya Khawla dipegang sambil mengambil ‘pacifier’ di atas lantai menggunakan mulut sambil memasang lagu latar James Bond. 

Perkongsian video tersebut menerusi akaun TikTok rasmi Syamel, @syamel_official telah meraih sehingga 300 ribu tontonan serta 15 ribu tanda suka. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet terhibur dengan telatah Syamel yang menyakat anaknya ketika isterinya tiada. 

“Hahahaha ni la kalau anak tinggal dgn bapak”

“Ni mesti buat bila maknya xde kat umah ni”

“Hahaha kalo bapak2 la yg jaga mmg yg kuban2 dibuatnye”

“Ni Ernie tau ke tau ni..nasib laa khawla dpt daddy cmni”

“Kalau bapa yg jaga mmg macam ni la jaginya”

“Mcm tu la puan2 klu suami y jaga anak, sabo je la.. Comel anak dorg.”

Untuk makluman, Ernie Zakri dan Syamel mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha pada 22 Februari 2022. 

Gambar, erniezakri, @syamel_official

Video, @syamel_official

Leave a Reply

Your email address will not be published.