
Sharnaaz Ahmad sering kali berkongsi gelagat anak tunggalnya Jebat Jayden, di media sosial Instagramnya buat tatapan para peminat.
Gelagat Jebat yang sentiasa menghiburkan itu, sentiasa membuat para peminat ternanti-nanti pula akan perkongsian Sharnaaz.
Sebelum ini,perkongsian video Jebat menerusi akaun Instagram miliknya sendiri, memperlihatkan telatah Jebat menyanyi lagu kanak-kanak versi Inggeris, dan telah mencuit hati ramai.
Meskipun masih tidak jelas sebutannya, namun peminat tetap terhibur dengan nyanyian Jebat yang masih mengikut rentak lagu tersebut.
Kali ini sama juga apabila Sharnaaz ada berkongsikan video Jebat mengikutnya menyanyi lagu rock lama.
Dalam video, Sharnaaz menyanyikan lagu nyanyian kumpulan Stings, dan bukan telatah Jebat saja yang menarik perhatian, malah suara Sharnaaz menyanyi juga telah menarik perhatian peminat.
Jarang berkongsikan video dirinya menyanyi, suara Sharnaaz yang merdu telah memukαu ramai warganet.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata teruja melihat kesungguhan Jebat mengikut bapanya menyanyi. Walaupun masih kecil, kepetαhαn Jebat bercakap dalam bahasa melayu, dan bahasa Inggeris memang patut dipuji.
Ni org penang habaq buat pala tau..haha..kalakarlah jebat
lawak caption daddy nya … Btw Jebat comel nyanyi lagu tu …
Baba dia dh bleh buat single kot rsenye …suara bleh tahan gak hahahahaha jebattttttt so cute lahh
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan & Gambar, Instagram Sharnaaz Ahmad