(Video) “Ibu nak nanges, tapi tαhαn jek…” Aafiyah Mula Persekolahan, Tok Ti Titip Sesuatu Buat Anaknya

Ibu bapa lah orang yang paling teruja melihat anak – anak memulakan persekolahan. 

Sanggup hantar dan tunggu anak mereka masuk ke kelas masing – masing dan membiasakan diri mereka. 

Bagi anak pula pasti seronok dapat bertemu kawan – kawan baru apabila di sekolah dan belajar perkara baru. 

Seperti anak kepada penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang baru memasuki persekolahan. 

Hal ini dikongsi oleh Datuk Siti di Instagram miliknya dimana dia menghantar anak perempuannya ke pra sekolah. 

Menurut Datuk Siti, Aafiyah tidak banyak ragam untuk menyiapkan diri sebelum ke sekolah dan sempat bergaya dengan baju sekolah barunya. 

“Alhamdullillah, Harini first day Aafiyah masuk preschool .. Malam semalam Aafiyah tidur awal , bangun tadi ayah ke’jutkan dia , kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.. 

“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah.Semangat betul dia nak ke sekolah.. 

“Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas ,dia terus masuk tak tengok belakang dah .. Ayah ibu yang panggil minta salam.. ibu nak nanges.. tapi tahannnn jek,” ujarnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Selain itu juga, dia sempat menitipkan doa buat puteri kesayangannya dipermudahkan urusan dalam menimba ilmu pengetahuan.

“Semoga Allah swt pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain .. aamin ya rabb..(Tq teacher Na bantu Aafiyah),” tambahnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata waarganet turut mendoakan kesejahteraan Aafiyah serta tidak percaya Aaafiyah sudah masuk pra sekolah. 

“Rasa mcm baru je ibu post selamat bersalinkan afiyah.. how time flies.”

“Yayy!! All the best Aafiyah! Be a good girl at school k.”

“Mesti lepas ni balik school, hari2 dia akan citer aktiviti school”

“Alhamdullillah.. semoga aafiyah berjaya cemerlang dunia akhirat.. aminn ya rabbal alamin.. mesti teruja tu dpt ramai kawan2 nanti… balik dengar la mcm2 ceritanya nti..”

“Belajar baik2 Siti Nurhaliza Kecik. Semoga membesar menjadi wanita yg solehah dan bijaksana.”

“Semoga dipeemudahkan..belajar rajin2 tau Aafiyah..buat ibu ayah bangga..insha Allah”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar dan video, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.