(Video) “Mααf pandu perlahan…” Tampal Notis Mααf Belakang Kereta, Tindαkαn Lelaki ini Dipuji Ramai

Senang hati isteri apabila suami memahami keadaan dan hadir ketika memerlukan. 

Lebih-lebih lagi ketika baru lepas bersalin, fizikal dan emosi masih belum stabil dan memerlukan sokongan daripada suami. 

Situasi ini sama seperti seorang lelaki yang menampal perkataan di belakang keretanya yang membawa sang isteri yang baru lepas bersalin. 

Perkongsian @dailylife4 memperlihatkan sebuah kereta yang dipandu perlahan serta nota untuk pengguna lain mendapat perhatian ramai. 

“Minta Ma’af pandu perlahan, wife baru lepas bersalin c’zer, tq,” tulis pemandu tersebut. 

Hal ini bagi memaklumkan pengguna lain akan situasi yang dialaminya serta tidak mahu dilabel sebagai ‘pen’tingkan diri’ dan menyu’sahkan pengguna jalan raya yang lain. 

Dengan nota tersebut juga, pengguna lain akan mengucapkan kata-kata yang baik untuk mereka. 

“Effort yang boleh membuatkan pemandu lain ucapkan perkataan yang baik-baik,” kapsyen video. 

Perkongsian video tersebut telah mencecah sehingga 469 ribu tontonan serta 32 ribu tanda suka. 

Keprihatinan lelaki tersebut terhadap isterinya dipuji ramai kerana memahami kesa’kitan yang dialami oleh isterinya. 

“Paling bgus,dia slowkan keta sbb btpa sa’kit nye perut bini thentak klu bwa laju.” 

“Bagus driver mcm ni..dia dh inform awal2 knp drive slow..” 

“MashaAllah confirm bagusnya manners suami isteri ni pd orang lain.” 

“Contoh yg ptot di ikuti oleh para suami , bukan ape , jd xdela jd punca kne mrh kang dgn kerete lain.” 

“How much he love his wife” 

“Alhamdulillah. Tuhan sayang orang yang memuliakan isterinya yang jaga isterinya dengan baik. Semoga rezeki berlipat ganda.” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar dan video, @dailylife4, @faredzuladha

Leave a Reply

Your email address will not be published.