(Video) “Beli kat mana strαw tu, anak dah mintαk dah…” Anaqi Minum Pakai Strαw Cúri Tumpuαn Netizen

Memiliki anak yang comel dan bertingkah baik adalah satu anugerah yang berharga untuk ibu bapa. 

Telatah comel mereka akan dikongsi ke laman media sosial untuk disimpan sebagai kenangan dan momen berharga. 

Hal ini sama seperti para selebriti yang memuat naik foto atau video mengenai anak mereka untuk tatapan peminat.

Aqeef Anaqi merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli. 

Memiliki keperibadian seperti ibunya, Amyra Rosli yang lemah lembut dan ‘soft spoken’. 

Setiap perkongsian mengenai perkembangannya akan menjadi tumpuan warganet kerana kecomelannya. 

Terbaharu, Amyra berkongsi video mengenai Anaqi ke laman Instagram miliknya memperlihatkan Anaqi sedang minum air. 

Apa yang mencu’ri tumpuan warganet adalah straw yang digunakan oleh Anaqi sangat unik dan menarik minat ramai. 

Anaqi pada ketika itu sedang minum air coklat menggunakan straw berbentuk cermin mata sambil mempromosikan air tersebut. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Rata-rata mereka bertanyakan soalan dimana Amyra membelinya kerana anak-anak mereka teringin memilikinya. 

“Straw tu beli kat mana. Adoi anak da mintak” 

“Mana nak beli strow macm tu anak mintak dah pulok “ 

“Laahh terke’jut aunty tiba2 air lalu hahahahahaha. Sooo cute !” 

“Alamak jangan anak DPT tgk sudah.. Mau dia nak jugak ni…” 

“Hahahahahha kemain panjang straw dia” 

“Eh tiba2 ada spek mata pastu tak ada la .. Aunty teruja ni anaqi awak so cute” 

Untuk makluman, Amar dan Amyra telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 11 November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar dan video, amarbaharin, aamyrarosli

Leave a Reply

Your email address will not be published.