(Video) “Lawa sangat…” Majlis Berinai Che Ta Cecαh RM100K, Tapi ‘Datin’ Aaisyah Pula Rαih Tumpuαn Ramai

Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-10, pasangan pelakon Rozita Che wan dan Zain Zaidin telah melangsungkan majlis persandingan dan malam berinai, semalam. 

Memilih tema tradisional, busana songket yang digayakan oleh Che Ta dan Zain menyerlahkan kecantikan dan ketampanan mereka berdua. 

Majlis persandingan mereka berdua telah mendapat perhatian daripada pihak media dan para peminat serta dihadiri oleh rakan selebriti dan keluarga. 

Antara selebriti yang hadir adalah Rosix Omar dimana dia berkongsi video anak perempuan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana pada malam tersebut. 

Menggayakan baju kurung moden berwarna merah serta solekan yang cantik dan ditambah dengan aksesori barang kemas membuatkan Aaisyah menjadi tumpuan ramai. 

Perkongsian Rosix mengenai Aaisyah mendapat lebih 5 ribu tanda suka serta pelbagai komen daripada warganet yang memuji kecantikan Aaisyah. 

“Comeyy aihh..Mulot meqah mnyala” 

“Cantiknya Aisyah Che Taaaa. Cute la dieee” 

“MashaAllah kecik2 dah cantik..tengok senyum pun malu2 gitu haaa” 

“Macam Juliana Evans versi mini” 

“Mst lipstick tue pki sendiri ehhee .. mmg cantik aisyah.. anak kacukan” 

“Seggak sungguh.. ni nnti menantu raja negeri mana..?” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, beritakopak

[2] Gambar, rozitachewan1, mediamalaysia, mstar

[3] Video, rosixomar

Leave a Reply

Your email address will not be published.