(Video) “Makan biji duyan hutαn…” Jebat Jayden Makan ‘Biji Duyan Hutαn’ Rasa Strawberry Siap Ajαr Noor Nabila Cara Sebut

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin digemari ramai apabila ibunya sering memuat naik video Jebat Jayden ke laman sosial. 

Telatah Jebat yang bersahaja mencuit hati warganet yang tidak jemu mengikuti perkembangan Jebat. 

Setiap perkongsian Noor Nabila akan menjadi perhatian ramai dengan telatah comel dan lucu Jebat yang banyak akal. 

Sering memuat naik video ke laman TikTok @noornabila00, para pengikutnya juga tidak kering gusi dengan kepetahan Jebat bertutur dalam bahasa Melayu meskipun sedikit pelat.

Terbaharu, perkongsian Noor Nabila sekali lagi meraih perhatian ramai dimana dia sedang makan buah rambutan. 

Namun, sedikit pelat membuatkan dia menyebut biji durian apabila ditanya oleh ibunya. 

Lebih menarik lagi, Jebat sempat memberitahu rasa isi rambutan tersebut seperti buah strawberry. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warga maya terhibur dengan telatah Jebat dan mahukan Noor Nabila berkongsi banyak lagi video Jebat. 

“Rambutan yang dipanggil biji durian hutan, rasa strawberry.” 

“Kena makan la rambutan sekarang nihh mungkin rasa strawberry betul tahh” 

“Rambutan yang dipanggil biji durian hutan yang mempunyaj rasa strawberry” 

“Kak bella kitorang nak vdeo jebat setiap hari !!!!!” 

“Pada awalnya aku pun percaya biji durian hutan boleh makan. rupanya rambutan” 

“Pleaseee nak video jebat hari hari HAHAHAHAHAHHAHA COMELL SANGATTT” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, inforakyat, noornabila, www.xtra

Video, @noornabila00

Leave a Reply

Your email address will not be published.