
Hari pertama persekolahan merupakan hari bermakna bagi setiap ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.
Momen tersebut akan disematkan dan dimuat naik ke laman sosial seperti Instagram, Facebook atau TikTok sebagai kenangan.
Hal ini sama seperti pelakon kacak Sharnaaz Ahmad yang berkongsi video berkenaan anak tunggalnya, Jebat Jayden yang akan memulakan persekolahan.
Mengakui se’bak dengan situasi tersebut, Sharnaaz menyatakan sudah memahami perasaan ibu bapa sebelum ini yang menghantar anak ke sekolah.
“Jebat okey, semua okey, cuma dalam pukul 11 macam tu dia dah nak balik. Dia kata nak sleep dekat rumah dengan mummy (Nabila).
“Rasa kejap saja masa berjalan. Dulu bila tengok orang komen, se’bak hantar anak ke sekolah kita tak faham. Sekarang baru faham.
“Rasa dia akan cepat membesar dan akan cari kehidupan sendiri dan selepas ini. Dengan kawan – kawan, dengan awek (teman wanita),” ujarnya kepada OH!Bulan.
Sebelum ini, keterujaan Jebat untuk ke tadika buat pertama kali dikongsi oleh Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ke laman Instagramnya.
Dalam pada itu, Noor Nabila juga kelihatan menghantar anak mereka sambil memimpin tangan Jebat menuruni anak tangga ke tadika tersebut.
Jebat first day school
kredit to sharnaaz ahmad pic.twitter.com/K3bRRbkKlR— video viral (@viralv297) June 15, 2022
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut tidak menyangka Jebat sudah besar.
“Semoga menjadi anak yg soleh& may Allah swt bless you with many wonderful things dunia & akhirat. Handsome Jebat Jayden”
“Semalam tgk Aafiyah anak Tokti gi sekolah first day. Harini tgk Jebat anak Mamu pula gi sekolah.. Time flies so so fast kan “
“Dah besar,pegi skolah dah dia..se’bak plk kan..jgn la cepat sgt..”
“Dia punya senyum tuh.. aduhaiiiiii Jebat Jebat….”
“Happynya dia lambai baba nak masuk sekolah”
“Little king may Allah protect you from evil eye maşallah”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber”
[1] Rujukan, ohbulan
[2] Gambar, sharnaazahmad, getcraft, mediahiburan
[3] Video, sharnaazahmad