
Hari ini merupakan hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan dan para pelajar berpusu – pusu ke sekolah untuk mengambil keputusan.
Menerusi media sosial dapat dilihat para ibu bapa meluahkan rasa syukur dengan keputusan yang diperolehi oleh anak – anak mereka.
Antaranya, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera meluahkan rasa syukur dengan keputusan yang diperolehi oleh anaknya.
Menurutnya, dia tetap berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang diperolehi anak lelakinya iaitu Airell Zulkifly dengan 2A sahaja.
“Alhamdulillah, saya bersyukur saja dengan keputusaan Airel walaupun hanya mendapat 2A.
“Apa yang pasti, dia lulus dan sudah berusaha sebaik mungkin,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, dia menerima dengan hati terbuka sekiranya anak lelakinya ga’gal dalam SPM kerana yang penting dia mahukan anaknya menjadi insan yang berguna apabila dewasa nanti.
“Saya lebih menekankan Airel menjadi insan yang berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat, suka menolong orang dan saya juga tak kisah sekiranya dia bekerja dengan gaji kecil nanti.
“Asalkan dia bekerja dan boleh berdikari dengan membantu orang lain suatu hari nanti, sudah cukup,” ujarnya.
Meskipun begitu, dia tetap akan menghantar anaknya ke peringkat universiti dan sekurang – kurangnya mempunyai diploma.
“Melihatkan kepada keputusaan SPM itu, kebanyakan mata pelajaran yang Airel lulus dengan baik mampu memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan pilihannya nanti.
“Apa – apa pun, saya tetap akan menghantar dia (Airel) melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, sekurang – kurangnya ada diploma,” tambahnya.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, ohmymedia
[2] Gambar, hmetro, CaExDstPKl0