“Inilah ‘universiti’ bagi usahawan…” Datuk Siti Nurhaliza Secara Rαsmi Ikuti Bimbingαn RichWorks, Rupanya Ini Yang Mahu Dicαpαi

Menimba ilmu dalam sesuatu perkara yang diceburi amat penting dalam meluaskan lagi cabang ilmu yang diperolehi. 

Sama seperti penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza yang kini mengikuti kelas bimbingan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Datuk Siti bersetuju menjadi ‘Titanium Premier – Partner (PP)’ RichWorks International Sdn. Bhd (RichWorks). 

Dr Azizan yang juga pengasas RichWorks menjelaskan keputusan dibuat berdasarkan rangka transformasi serta kembangan jenama SimplySiti ssebagai bisnes yang lebih mantap. 

Dalam pada itu, Dr Azizan melihat potensi Datuk Siti sebagai pengasas SimplySiti yang berpotensi untuk pergi lebih jauh sekiranya menerima bimbingan secara lebih dekat. 

Selain itu, mendapat ban’tuan dalam mendigitalisasikan strategi pemasaran dan meningkatkan pasaran jenama ke Indonesia dan negara Timur Tengah, dan bukan hanya tertumpu dalam Malaysia sahaja. 

Tidak mena’fikan perkara tersebut, Datuk Siti bersedia menerima bimbingan daripada mereka yang berpengalaman. 

“Saya perlukan bimbingan dan bantuan Dr Azizan. Memandangkan sebelum ini lebih terde’dah kepada dunia hiburan, itu saya punya ‘makanan’.  

“Akan tetapi menerusi lapangan bisnes, saya akui masih ada ilmu yang terku’rang. Sebab itulah bimbingan daripada mereka yang berpengalaman juga penting. 

“Meski sebelum ini saya ada mendapat tunjuk ajar daripada kalangan staf yang profesional, tapi perlu untuk tahu lebih lagi. Bagaimana untuk menjadi ‘leader’ yang bagus, lebih baik. 

“Alhamdulillah, meski untuk kali pertama ini saya tidak mampu untuk memenuhi kelas selama lima hari, namun selama dua hari saya bersama rakan usahawan lain menjadi masa terbaik untuk belajar. 

“Betapa pentingnya kolaborasi. Jadi saya mewakili pihak CTDK Holding memerlukan kerjasama dengan RichWorks untuk satu perancangan yang lebih baik. 

“Saya percaya Insya – Allah misi kita sama. Doakan moga matlamat ini tercapai,” ujarnya panjang lebar. 

Penyanyi Anta Permana ini cuba belajar bersama rakan usahawan lain demi mencapai objektif yang diperlukan dan tidak meletakkan dirinya sebagai seorang selebriti. 

“Selepas saya bersekolah, berkahwin dan ada anak, kiranya sekarang saya kembali ‘ belajar’. Bila ada sesi sebegini rasa seronok, sebab saya kini pelajar, tak fikir diri ini penyanyi atau selebriti. 

“Saya sama – sama dengan yang lain meletakkan diri sebagai pelajar. Sama – sama buat ‘assigment’ dan berkongsi ilmu. 

“Pada masa yang sama, saya cuba untuk perbaiki diri. Saya ada banyak tanggungjawab di bawah (staff dan ejen). Mereka pun insan yang perlu dapat pendidikan bisnes juga. 

“Sebab itulah saya cuba dapatkan ilmu itu dan seterusnya berkongsi pada mereka. Boleh dikatakan inilah ‘universiti’ untuk semua usahawan, bukan untuk saya sahaja. 

“Nak jadi ‘real’ sebagai usahawan perlu ada praktikal. Bukan senang dan kena ada skil berbeza. Itulah pentingnya kena belajar,” tambahnya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, mediahiburan, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.