(Video) “Dah macam orang dewasa..” Sαnggul Anak Che Ta Kemαin Tinggi, Macam Mαkcik Tomyam

Anak kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sekali lagi menarik perhatian warganet. 

Hal ini susulan video perkongsian usahawan kosmetik Anas Zahrin memperlihatkan Aaisyah yang memakai tudung dengan sanggul yang tinggi. 

Perkongsian tersebut telah mence’tus pelbagai reaksi daripada warga maya dengan cara pemakaian tudung anak Che Ta. 

Bagaimanapun, Anas sebelum itu sudahpun menjelaskan menerusi videonya sebab pemakaian anak Che Ta itu. 

Menurutnya, Aaisyah akan ma’rah jika ada yang menyentuh tudungnya dan lebih suka menyiapkan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. 

“Biarpun terbalik ke apa ke, biar dia betulkan sendiri. Biarlah ada cakap macam mak cik tomyam versi anak mat salleh la… bukan biasa – biasa, anak Che Ta,” ujarnya. 

Perkongsian itu dibuat Anas adalah bertujuan promosi koleksi tudung hari raya Aidiladha Che Ta kolaborasi dengan jenama fesyen Ashh & Annas. 

Tambahnya, Aaisyah memang seorang yang suka buat sendiri tanpa bantuan orang lain seperti ‘touch up’ mekapnya akan dilakukan sendiri. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kecantikan Aaisyah meskipun ada segelintir yang mene’gur cara pemakaian tudung Aaisyah. 

“Sanggul tinggi x elok,tp aisyah masih budak. Semoga menjadi anak yng soleh” 

“Dia belum mumaiyiz.. jgn ri’saukan dia.. InsyaAllah pandai la nt org tua bentuk dia.. Aameen.” 

“Takpe Klau dia NK pakai sendiri semua Bagus dah berdikari..tapi Bab sggul tuh perlu te’gur dia baik2 supaya rendahkan sediket Lagi comell” 

“Aaisyah pakai terbalik cmne pun ttp cantik….org klu da cntik buat cmne pun ttpla cantik…kn” 

“Bagusnya kecik2 pandai berdikari. tp sanggul tu, terkezut” 

“Aunty suka tengok die cantik sopan santun” 

Menjelaskan lagi situasi berkenaan, Anas berkata anak Che Ta gembira menggayakan imej tersebut biarpun sanggul yang digayakan agak besar. 

“Dari kejap lagi dia menan’gis orang sentuh tudung dia, baiklah dia sendiri betulkan. Dia gembira begitu. Walaupun sanggul dia buat sebesar planet, janji happy,” tulisnya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar, rozitachewan1

[3] Video, @anaszahrin

Leave a Reply

Your email address will not be published.