
Terdahulu, pelakon cantik Elisya Sandha mengadakan ‘gender reveal’ mengumumkan bakal mendapat cahaya mata perempuan.
Kegembiraan itu dikongsi olehnya ke laman Instagram dan mendapat ucapan tahniah dari rakan – rakan selebriti serta para peminat.
Bakal melahirkan tidak lama lagi, Elisya dan suami iaitu Uzair Hakimy sudah mempersiapkan diri dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.
Terbaharu, Elisya memaklumkan dia sudah dimasukkan ke hos’pital dan memohon doa daripada orang ramai supaya dipermudahkan urusan bersalin.
“Bismillahirahmanirahim. You’re going to be a father sayang, a great one.
“Minta semua doakan urusan Elisya dipermudahkan, ma’af atas sa’lah dan si’lap,” kapsyen Instagramnya.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi sekeping foto suaminya yang berada di hospital untuk menyambut kelahiran bayi mereka.
Suaminya, Uzair yang juga merupakan anak kepada penharag dan penerbit Sheila Rusly turut berkongsi foto Elisya yang berada di hospital di laman Instagram miliknya.
“Dalam banyak banyak jasa I kepada you selama ni, dan selamanya. Tidak akan pernah dapat I tanding kan dengan jasa you yang ini sayang.
“I admire the strength you have sayang. You’re such a strong person. What a mother you are @elisyasandhaofficial,” tulis Uzair.
Selain itu juga, Uzair memohon doa orang ramai agar isteri dan anak yang akan dilahirkan dalam keadaan baik.
“Mintak jasa baik semua yang melihat posting ni untuk doakan hanya yang terbaik untuk isteri saya. I would appreciate it a lot, thank you,” tambahnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut menitipkan doa supaya Elisya dipermudahkan urusan bersalin nanti.
“Semoga dipermudahkan babe ! Aamiin aamiin YRA”
“Semoga dipermudahkan urusan kelahiran sya. InsyaAllah semuanya akan baik baik saja ”
“Moga dipermudahkan segala urusan selamat n sihat keduanya…”
“Semoga segalanya dipermudahkan dear. Waiting for Baby B Angel”
“Semoga dipermudahkan & selamat kedua nya, berta’rung nyawa tu”
“Insyallah amin… semoga semuanya baik2. Dan x sbar nak tgk… doa for u okay”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, majalahpama
[2] Gambar, elisyasandhaofficial, sheilarusly_jspictures, uzairhaqimy69