(Video) “Selalu Afwa mαlu mαlu, ni terlebih ramah pula..” Gelagat Afwa Didukung Oleh Ustaz Wadi Anuar Tαrik Perhαtiαn Ramai

Anak kepada penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza sering menjadi tumpuan ramai baik kakak mahupun adik. 

Mempunyai peminatnya tersendiri, setiap perkongsian dibuat selebriti itu sering mencu’ri tumpuan ramai. 

Terbaharu, Datuk Siti ada berkongsi video anak keduanya iaitu Muhammad Afwa yang dipangku oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Wadi Anuar. 

Apa yang menariknya, Datuk Siti memaklumkan Afwa sebelum ini merupakan seorang yang pemalu dan susah untuk rapat dengan orang lain. 

Namun sebaliknya, Afwa dilihat senang dipangku oleh Ustaz Wadi Anuar dan tidak banyak ragam. 

“Subhanallah anak ibu, selalu malu malu dan taknak pada orang yang tak kenal.. Semalam Afwa terlebih ramah pula , nak dia pada yang dihormati @ustazwadiannuar ye ..” tulisnya. 

Dalam pada itu, Ustaz Wadi Anuar juga sempat tahnikkan anak lelaki Datuk Siti selain mendoakan anaknya supaya menjadi anak yang soleh bila besar nanti. 

“Alhamdullillah, Terima kasih ustaz sempat tahnikkan Afwa.. Semoga Afwa menjadi anak yang Soleh , menyebarkan ajaran Islam, mengikut sunnah Rasullullah & bermanafaat kepada umat islam seluruh Alam.. aamin ya rabb.” tambahnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut mendoakan agar Afwa menjadi anak yang soleh suatu hari nanti. 

“MasyaAllah di dukung seorg ulamak hebat …semoga Afwa pn jdi insan yg hebat suatu masa nnt”

“MasyaAllah bijaknya Afwa. Semoga Allah permudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki seluasnya”

“Aamiinnn3X Allahumma Aamiinnn3X Ya Robbal Alamiinnn”

“MasyaAllah.. nmpk pendiam sungguh afwa ni”

“Comel nya AFWA SEMOGA AFWA JADI TAHFIZ”

“Ha tudia. Payah nak tengok ustad qenyeh (senyum) mcm tu”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar dan video, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.