
Semalam, pelakon cantik Elisya Sandha telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hos’pital swasta.
Berkongsi berita gembira itu adalah ibu mertuanya, Sheila Rusly yang juga merupakan seorang produser dan penerbit.
Elisya yang berkahwin dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy sebelum ini mende’dahkan sudah menetapkan nama kepada puteri sulungnya.
Menurutnya, Sheila telah memilih nama kepada anaknya semasa dia sedang hamil tiga bulan lagi dan mereka bersetuju dengan nama tersebut.
Tambahnya, Sheila sudah bermimpi nama kepada cucunya dan terus bagi nama selain dialah orang yang paling gembira menimang cucu perempuan yang dinanti sekian lama.
Terbaharu, kakak Elisya yang juga seorang pelakon, Fasha Sandha berkongsi foto bersama anak buahnya serta memaklumkan nama bayi tersebut.
“Syukur alhamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya Elisya. Syukur, allahuakbar cantiknya ‘baby’ Bunga El Haq. Selamat datang ke dunia sayang ibu.
“Cantik dan sihat baby Bunga. Syukur, selamat berpan’tang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Untuk makluman, Elisya selamat bersalin pada jam 8.40 pagi semalam di sebuah hos’pital swasta, KPJ Ampang Puteri.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, hmetro
[2] Gambar, fashasandha, astroawani, sheilarusly_jspictures