(Video) “MasyaAllah dah besar dah, gerαm je tengok…” Ini Perkembαngαn Terkini Anαk Bongsu Shuib

Semalam merupakan hari bapa sedunia, jadi tidak hairanlah kita melihat di mana – mana sosial media mengucapkan hari bapa kepada mereka yang bergelar bapa. 

Pengorbanan seorang bapa sering kali terlepas pandang meskipun pengorbanan mereka setanding pengorbanan seorang ibu. 

Ditambah lagi apabila bergelar bapa tunggal dan perlu membesarkan anak – anak sendirian tanpa insan bergelar ibu di sisi. 

Hal ini samalah dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib yang kini menjadi bapa tunggal setelah kema’tian isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin. 

Allah’yarham Siti Sarah mening’galkan empat orang anak dan yang paling bongsu baru sahaja berusia 10 bulan.

Perkembangan terkini anak bongsu Shuib dan ar’wah Siti Sarah iaitu Ayash Affan menarik tumpuan ramai. 

Perkongsian terbaharu Shuib di laman Instagram miliknya berkenaan Ayash mencu’ri tumpuan ramai melihat Ayash semakin membesar dengan sihat. 

Meninjau ke ruangan komen, rakan – rakan artis juga turut merasa ‘ge’ram’ dengan kecomelan Ayash yang memiliki papi bak pau. 

Selain itu, ada segelintir peminat mengucapkan selamat hari bapa kepada Shuib disamping bangga dengan pengorbanan Shuib sebagai seorang bapa. 

“Masyaallah , Dah besarrrr , best nye !!! Geramm jeee”

“Selamat hari bapa shuib. Sangat besar pengorbanan seorang ayah utk anak2.”

“Kejapnyaa dah besar, makin bijak dan comel, gerammm”

“Bila tgk ayash automatik rse sayu je, semoga ayash jadi anak y berjaya dunia akhi’rat..”

“MasyaAllah…. anak syurga ayash affan… semoga membesar menjadi anak yg soleh iye… saye antara peminat ayash… dr hari pertama ayash dilahirkan … comel sgt gelak cmtu”

“Comel happy dgr suara dia.. Semoga sntiasa sihat semua ank2 ya.. ”

Untuk makluman, Shuib dan ar’wah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, hmetro, sinarharian, shuibsepahtu, malaysiatimes

Video, shuibsepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published.