“Tiap kali gαji akan beli 100 gram…” Sajat Buka Cerita Sehingga Berjaya Buka Kedαi Emαs Sendiri

Nama Nur Sajat sudah tidak a’sing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia dan kini Sajat sudah menetap di Australia. 

Meskipun sudah berhijrah ke luar negara, Sajat masih lagi aktif dalam media sosial dan sering membuat siaran langsung bercerita tentang bisnesnya. 

Terbaharu, Sajat ada bercerita tentang kisahnya serta bisnes yang pernah diusahakan di Malaysia sebelum ini. 

Menurut Sajat, dia akan menukarkan duit dengan emas sekiranya ada duit dan itu sebagai peluang kepadanya untuk membuka kedai emas sendiri. 

“Dulu masa mula – mula saya niaga, sekirat tahun 2017, saya selalu simpan (beli) jongkong emas seberat 100 gram. Setiap kali terima gaji, saya akan beli 100 gram (emas). 

“Dulu gaji saya (2017) dalam RM15,000 ke RM17,000 kadang – kadang campur dengan elaun dan sebagainya. Saya beli ‘gold bar’ masa tu harganya sekitar RM13,000, 100 gram,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, dia berjaya mengumpul sehingga 3 kilogram emas sebelum membuka kedai emas sekitar Shah Alam. 

“Memang tiap bulan akan beli. Kalau dah 10 bulan, dah dapatlah 1 kilogram. Itulah mula – mula.. Kemudian saya rasa seronok sampailah saya kumpul dalam 3 kilogram macam tu. Barulah saya mula buka kedai emas di Shah Alam. 

“Tahun 2017 emas boleh dikira murah tapi mula naik harga. Masa sudah ada kedai emas, saya dah mula beli 1,2 kilogram,” katanya. 

Sebelum ini, Sajat mencu’ri tumpuan ramai apabila memaklumkan dia sudah berjaya membeli sebuah rumah berharga RM1.5 juta dalam tempoh 6 bulan meniaga di sana. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, nursajatkamaruzzaman, ohbulan, nisakay

Leave a Reply

Your email address will not be published.