“Baru sebulan, takkan kena beli peti baru…” Susu Badan Banyak, Sekαli Ini Yang Syatilla Melvin Ingin Lαkukαn

Susu ibu merupakan susu yang terbaik bagi membantu perkembangan kesihatan bayi semasa proses membesar. 

Namun, tak semua ibu mampu untuk memberi susu badan sepenuhnya dalam tempoh setahun usia bayi dan terpaksa bergantung kepada susu formula. 

 

 

Meskipun begitu, ada cara tertentu untuk meningkatkan susu badan sesuai dengan saranan doktor pakar. 

 

Seperti kebanyakan produk yang berada di pasaran sebagai contoh ‘milk booster’ untuk meningkatkan susu badan selain pemakanan yang lain. 

Pelakon Syatilla Melvin memaklumkan dia sudah menggunakan milk booster produk daripada Nufiya sejak kelahiran anak keduanya lagi iaitu Sarima Samheizy. 

Rezeki pada kelahiran anak ketiga apabila dia dipilih menjadi duta produk Nufiya selain meluahkan rasa teruja dapat bekerjasama dengan produk milk booster ini. 

 

Tambahnya, Tilla menyatakan hasrat untuk menderma stok susu badannya kepada bayi – bayi yang memerlukan memandangkan stok susunya banyak. 

Menurutnya, mereka yang memerlukan boleh menghubunginya termasuklah golongan bayi yang tidak sah taraf atau berstatus yatim piatu dengan syarat mengisi maklumat lengkap mengenai bayi. 

Berkongsi perkara tersebut menerusi Insta Story, Tilla meminta mereka yang memerlukan boleh menghantar pesanan ke Instagram miliknya. 

 

Untuk makluman, Syatilla dan Saheizy Sam mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

Anak lelaki pertama iaitu Syeriv Samheizy, 5, Sarima Samheizy, 2 dan Salama Samheizy yang baru dilahirkan pada 9 Mei 2022. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, nufiyahq, samtilla, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.