(Video) “Aafiyah memang suka dengan Aunty Lofa…” Gelαgαt Aafiyah Pimpin Tangan Neelofa Buat Ramai Peminαt Cαir

Umum sedia maklum dengan selebriti terkenal yang juga seorang usahawan, Datuk Siti Nurhaliza yang sering mengadakan usrah di rumahnya. 

Berkumpul dan berkongsi ilmu agama dengan beberapa selebriti lain, maljis ilmu yang dianjurkan oleh Datuk Siti dan suami dikagumi ramai. 

Antara para selebriti yang menghadiri majlis ilmu tersebut adalah Lisa Surihani, Erra Fazira, anak serta menantu Datuk Siti, Neelofa dan Harris Ismail serta beberapa kenalan selebriti Datuk Siti.

Memuat naik beberapa keping foto serta video sekitar majlis tersebut, interaksi antara Neelofa dan anak sulung Datuk Siti mencu’ri tumpuan ramai. 

Video pendek yang dikongsi semula oleh seorang pengguna Tik Tok, @seorangnur dapat dilihat Siti Aafiyah berpimpin tangan dan berbual mesra dengan Neelofa. 

Menerusi video tersebut, Harris dan Neelofa memuji kepandaian Aafiyah dalam berkata – kata sehingga mencuit hati ibu serta ibu saudaranya yang ada di situ. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dan senang dengan hubungan Aafiyah dan Neelofa dimana mereka menyifatkan Neelofa seorang yang diminati ramai dengan keperibadiannya. 

“Afiyah mmg suka ngn kak lofa… Dr dia kecik lg kn” 

“Budak2 nie jujur..kalau tak suka mmg xsuka..maybe dia rasa aura lofa tu, lofa plak loving dgn budak2” 

“Ramai suka lofa.. lofa ni jns xamek tau sal org..strong..buat hal sndiri..” 

“Aafiyah suruh kawin lg sekali sbb tgok Aunty Lofa dn Uncle Haris x pernah berenggang,mcm baru bercinta” 

“Minat betul dengan lofa dari dulu sampai sekarang . Sekarang lagi suka tengok perubahan dia” 

“Walaupun auty lofa dh pakai purdah Aafiyah still kenall tauu” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, ctdk

Video, @seorangnur, neelofa, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.