(Video) “Dekat sangat tu…” Permintaan Aeril Zafril Untuk Edit Video Ditunαikαn, Sekαli Lain Pula Yang Jadi Buat Ramai Gelαk

Pasangan selebriti Aeril Zafriel dan Wawa Zainal telah melancong selama beberapa hari sekitar beberapa buah negara. 

Berkongsi momen – momen tersebut ke laman Instagram serta Tik Tok, pasangan Aeril dan Wawa menarik perhatian ramai dengan video percutian mereka. 

Terbaharu, video pasangan ini menari berlatar belakangkan Eiffel Tower mencu’ri perhatian ramai dengan dipenuhi komen – komen ‘sweet’. 

Menerusi ruangan komen pula, Aeril meminta sesiapa yang mahir untuk mengedit videonya untuk menukarkan latar belakang kepada menara berkembar KLCC. 

“Ada yang boleh edit tukar klcc belakang tu?” tanya Aeril. 

Tidak menunggu lama, seorang pengguna Tik Tok memenuhi permintaan Aeril, namun lain pula yang terjadi. 

“No hal la bang @aerilzafril,” balas Mie Ishak dengan sebuah video. 

Video perkongsian pengguna @mieishak mengundang tawa ramai dengan editing yang melucukan. 

Mana tidaknya, pasangan Aeril dan Wawa sedang menari di luar bangunan KLCC ditambah pula saiz orangnya kecil. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur dengan video tersebut dengan meninggalkan pelbagai komen. 

“Nasib baik tak letak ats puncak tu je” 

“Dekat sangat hahaha” 

“Elok – elok menari tu kang jatuh.. Aku tak tahu hahaha” 

“Salah negara la bang minta tolong edit” 

“Terer la bang boleh menari kat puncak klsisi” 

“Haha next level thinking” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Gambar, aeril_zafrel

Video, @mieishak_

Leave a Reply

Your email address will not be published.