“Aaisyah pun sudah 8 tahun…” Ini Jawapan Che Ta & Zain Saidi Selepαs Ditαnyα Berkenaan Cahaya Mata

Baru – baru ini, pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah mengadakan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9. 

Bertanya tentang rancangan untuk menambah cahaya mata, Che Ta memaklumkan dia sudah tidak mahu selepas memiliki seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana. 

Menurut Zain, kesibukan mereka salah satu sebab mereka tidak menambah cahaya mata dan mahu menumpukan perhatian kepada puteri bongsu mereka yang kini berusia 8 tahun. 

“Aaisyah pun sudah berusia lapan tahun, tak perlulah. Saya pun sibuk nak tengok dia. Apa yang ada besarkanlah. 

“Dia pun tak pernah bersuara minta diberikan seorang adik. Pernah juga tanya dia, katanya tak mahu. Sekarang dia lebih untuk mencari rakan sebaya,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, dengan adanya Aisyah seorang sudah cukup baginya dan juga bersyukur dengan rezeki yang diberikan. 

“Alhamdulillah syukur. Sudah ada rezeki dapat anak seorang pun, syukur,” tambahnya lagi. 

Untuk makluman, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 8 tahun. 

Che Ta sebelum ini sudah pernah berkahwin dan memiliki dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 25 dan Aniq Ezra, 24. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, rozitachewan1

Leave a Reply

Your email address will not be published.