(Video) “Dik tak penαt ke kerja siang, malam…” Kakak Cerita Usaha Adiknya Bαngkit Peroleh 8A Setelah Gαgαl Ujiαn Percubaan

Baru – baru ini keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) diumumkan dan rata – rata mereka berkongsi kegembiraan ke laman sosial. 

Pelbagai kisah disebalik kejayaan setiap pelajar dikongsikan untuk menjadi inspirasi kepada bakal SPM nanti. 

Antaranya perkongsian seorang pengguna Tik Tok @mashitahbasirr berkenaan semangat dan usaha adik bongsunya untuk meraih kejayaan. 

“Kami sekeluarga tidak menyang’ka Anor akan mendapat keputusan yang cemerlang,” luah Mashitah. 

Menurutnya, adiknya yang bernama Nu Insyirah berjaya memperoleh 8A meskipun sibuk bekerja mencari rezeki. 

Anak bongsu daripada enam beradik itu sudah mula bekerja dan bisnes sejak berusia 14 tahun lagi dan sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), dia berniaga air balang sambil mengikuti kelas online. 

Bercerita lanjut, semasa ujian percubaan, adiknya hanya memeroleh 2A serta D dalam subjek lain disebabkan terlampau sibuk dengan kerja dan mencari duit tambahan. 

Disebabkan itu, dia dan adik beradik yang lain meminta Anor untuk berhen’ti kerja dan menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan. 

Namun, Anor cuba meyakinkan mereka dengan berjanji akan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar. 

“Dia memang cuba meyakinkan kami semua… memang masa tu, berharap dia dapat skor sekurang – kurangnya 5A saja sebab cita – cita dia nak jadi leftenan muda dan memasuki UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). 

“Saya antara kakak yang rapat dengan dia dan saya lihat sendiri perubahan yang dilakukan… walaupun dia sibuk dengan kerja dan bisnes biskut, Anor tetap mencu’ri masa untuk belajar. 

“Dia sibuk cari duit di usia muda sebab tak sampai hati nak minta duit daripada mak dan ayah.  

“Iyalah, kalau nak mengikuti kelas online semestinya memerlukan capaian jalur lebar, jadi dia tidak mahu bebankan keluarga untuk membeli kad tambah nilai untuknya,” ujarnya. 

Menurutnya lagi, dia bangga dengan usaha dan kekuatan yang ditunjukkan oleh adik bongsunya yang tidak bergantung kepada sesiapa. 

“Tambahan pula dia satu – satunya anak yang tinggal bersama mak dan ayah. Anor juga selalu berkata ‘mak to’long reda kan adik ya’ dan saya rasa kata – kata itu juga salah satu sebab dia berjaya,” cerita Mashitah. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar dan video, mstar, @mashitahbasirr

Leave a Reply

Your email address will not be published.