(Video) “Untung mak bagi dik…” Keputusan SPM 8A, Pelajar Ini Dipuji Bertuαh Dαpαt Kereta Honda

Pelbagai kisah kejayaan pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dikongsi ke laman media sosial baru – baru ini. 

Seperti perkongsian seorang ibu ke laman TikTok dimana anaknya mencapai keputusan cemerlang, 8A dalam SPM. 

Memuat naik sebuah video momen dimana anak lelakinya menerima penghargaan bagi pelajar cemerlang di sekolah. 

Pemilik nama Masitah Noordin menghadiahkan sebuah kereta Honda kepada anak lelakinya, Rifhan sebagai menghargai usaha keras anaknya. 

Berkongsi perkara tersebut, Masitah memaklumkan dia sebenarnya sudah menempah sebuah kereta Honda yang baru sejak tahun lepas lagi, namum belum diterima jadi terpaksa membeli yang terpakai sahaja. 

“Sebenarnya Honda baru order lama dah, tahun lepas lagi. Lambat dapat, ambik yang second (terpakai),” tulisnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet tumpang gembira serta mengucapkan tahniah kepada anak lelakinya atas keputusan cemerlang itu. 

“Tak apelh penguat semngt ank nye…aku pun taun dpn ank spm..nk bg laptop jee..insyallh” 

“Tahniah utk ank cikgu….hasil didikan yg hebat dri ibu ayah yg hebat…..doakan ank sy sofiya dania brjaya mcm ank cikgu” 

“Bila degree dpt apa pulak..tahniah semoga menjadi anak yg soleh.” 

“Tahniah dik..rezekiii..tahniah jgk utk mak ayh” 

“Tahniah…teruskanlah menge’jar cita2 hingga jd kebanggaan org tuamu, agama dan negara…aamiin” 

“Congratulations it your hard work U study well get gud results all the best your future god bless you always” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar dan video, @cekgumass

Leave a Reply

Your email address will not be published.