“Saya punya permintaan pada Habib Ali…” Ini Asyraf Khalid Mahu Lαkukαn Selepas Berjumpa Dengαn Habib

Suami kepada pelakon Indonesia, Tya Ariffin iaitu Asyraf Khalid yang juga anak ti’ri kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan kesyukuran bertemu dengan tokoh agama terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al – Hamid di Yayasan Ar – Ri’ayah, Ampang. 

Asyraf juga turut menyatakan hasrat untuk menjadi anak murid Habib Ali untuk membimbingnya menjadi seorang muslim yang baik. 

“Syukur dapat banyak sangat ilmu agama daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al – Hamid, kalau dulu saya ada seorang guru, Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau la yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab. 

“Tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu. Jadi selepas beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali.

“Saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk menjadi anak murid beliau. Dalam masa sama mahu beliau menjadi guru untuk membimbing saya lebih memahami agama,” jelasnya. 

Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada ayahnya, Datuk Khalid Mohd Jiwa kerana membantunya bertemu dengan Habib Ali. 

“Terima Kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali… alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. 

“Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang – orang yang soleh. Kadang – kadang iman kita ni ada naik tu’run tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita,” tambahnya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar, ctdk, tyaarifinnw, asyrafkhalid

Leave a Reply

Your email address will not be published.