“Ibu selαmαt dan bayi comel..” Isteri Fizo Omar Selamat Melαhirkαn, Jαntinα Bayi Mereka Didedαhkαn

Fazeera Nazri iaitu isteri kepada pelakon Fizo Omar, selamat melahirkan bayi perempuan mereka malam tadi di pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Fizo sendiri di halaman Instagramnya, dan turut memaklumkan anak mereka dilahirkan dua minggu lebih awal, daripada tarikh yang sepatutnya.

Fizo juga turut memberitahu yang isterinya dan bayi berada dalam keadaan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

“Alhamdulillah, satu lagi anugerah terindah dari Allah Swt.”

“Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan 2 minggu lebih awal dari EDD (estimated delivery date).”

“Ibu berada dalam keadaan sihat dan bayi sangat comel.” Tulisnya

Untuk rekod, Fizo pernah bercerαi dengan Mawar Karim pada Julai 2019, dan hasil pernikahan mereka sebelumnya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Marym yang kini berusia lima tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)


Fizo kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis serta warganet mengucapkan tahniah buat Fizo dan isteri.

Alhamdulillah, baby dan Mummy selamat Tahniah kepada Encik Fizo dan Puan Fazeera atas kelahiran baby princess! Semoga sihat selalu

Congratulations @fizoomar!! We are glad that your baby has arrived safe and sound Wishing you and your family joy and happiness

Alhamdulillah. Tahniah. Semoga menjadi anak yang solehah,diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan

Alhamdulillah. Congrats.Semoga mummy & sweetie Pie sihat to the next chapter of life. InshaaAllah and continue the Love for Mariam.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar Utama, Instagram Fizo Omar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.