
Pelakon Zara Zya, 37, mengatakan sasaran seterusnya selepas berjaya dalam bidang seni dan perniagaan adalah perkahwinan.
Menurut Zara Zya, dia hanya menunggu waktu yang tepat, dan sesuai untuk mengumumkan siapakah jejaka yang bakal dikahwininya.
Tidak mahu dilanda g0sip, dan buat orang ramai berteka-teki, Zara Zya hanya meminta peminatnya bersabar.
View this post on Instagram
“Tunggu, sabar. Saya nak simpan dulu. Bila sudah tepat pada waktunya, keluar.
“Tak naklah macam sebelum ini. Orang keluarkan g0sip, sampai sekarang orang berteka-teki dan mendoakan saya.
“Alhamdullilah, orang mendoakan yang terbaik dan sentiasa menanti siapakah gerangannya. Jadi, biar orang tertunggu dulu, sampai masa saya terus umum,” katanya
Menurut Zara Zya, kesemua yang pernah dig0sipkan dengannya sebelum ini, bukanlah ‘jejaka mist3rinya’ dan dia masih berjaya menyimpan rahsia mengenainya.
“Siapakah dia, tunggu. Belum lagi kisahnya keluar di media sosial. Saya berjaya menyimpan mengenainya. Ramai orang petik yang orang itulah, inilah, tetapi tidak!” katanya.
Sebelum ini, Zara Zya pernah digosipkan dengan pelawak, Shuib apabila video dan gambar yang dimuatnaik bersama Shuib tular di media sosial.
Ramai yang merestui jika benar mereka mempunyai hubungan. Namun Zara Zya menαfikαn dan meminta agar warganet berhenti menjodohkan dia dengan Shuib.
“Bila ada video atau gambar saya dengan lelaki ini, terus nak jodohkan. Saya tak kisah nak komen apa, asalkan benda yang baik-baik.”
“Tapi harap dapat fikir yang positif saja sebab tak nak la nanti ada pihak lain pula terαsa hαti.”
“Shuib pun ada kehidupannya sendiri, sama juga dengan saya.” ujarnya.
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Harian metro
[2] Gambar, Instagram Zara Zya