(Video) “Masuk air macam ami dia jugak…” Gelagat Anak Adira Suhaimi Terujα Mahu Ikut ‘Trip’ Bersama Kawan-Kawan Tαrik Perhαtiαn Ramai

Penyanyi Adira Suhaimi kini sudah bergelar ibu kepada tiga orang anak iaitu Anggrek, Assan dan Anggun disamping suami tercinta, Datuk Red. 

Sering memuat naik video – video berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu, perkongsian Adira sentiasa mencuit hati warganet. 

Dengan telatah lucunya, Adira bukan sahaja pandai menyanyi malah pandai membuat lawak juga. 

Sesekali, Adira ada juga berkongsi perihal tiga anaknya yang kini sedang membesar dengan telatah comel mereka menjadi tumpuan ramai. 

Terbaharu, anak sulung Adira iaitu Anggrek sudah memasuki persekolahan. Perkongsian video Adira mengenai telatah anaknya yang sedang beratur untuk menaiki bas mencu’ri tumpuan ramai. 

Menurut Adira, itu merupakan pertama kali anaknya mengikuti trip bersama kawan – kawan dan hatinya sedikit ri’sau. 

Namun, memandangkan anaknya sudah besar, perasaan ri’sau dan gembira bercampur baur dan berharap anaknya gembira dengan trip tersebut. 

“Kejap je dah besar..sikit hari lagi mesti dia taknak peluk peluk dah dengan ami. 

“First time dia trip dengan kawan kawan sekolah dia, macam macam perasaan ni happy ri’saw suka semua ada..tapi yang penting dia happy,” kapsyennya. 

Menerusi video tersebut dapat dilihat kegembiraan Anggrek serta keterujaannya menaiki bas bersama kawan – kawan. 

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kecomelan anak Adira serta menyamakan telatahnya dengan Adira yang masuk air. 

“Have fun anak” 

“Aduhhh se’dih la pula i” 

“Comel ja, masuk air mcm maminya” 

“Cutenya” 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohkopak

[2] Gambar, adira.suhaimi

[3] Video, adira.suhaimi

Leave a Reply

Your email address will not be published.