“Cuba guna akal yang ada tu..” Fizo Buka Mulut, Selepas Dikatakan Tak Hargai Bekαs Isteri & Anak Ketika Bersαlin

Tanggal 25 Jun lalu, isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar selamat melahirkan bayi perempuan meskipun bersalin dua minggu lebih awal. 

Berita gembira itu dikongsi ke laman Instagramnya beserta luahan rasa syukur dengan kelahiran anak perempuan yang dinanti nanti oleh pasangan ini. 

Namun begitu, ada segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengan ucapan dan kata – kata yang diluahkan oleh Fizo sehingga membandingkan isterinya, Fazeera dengan be’kas isterinya Mawar Karim. 

Kata – kata Fizo seoalah – olah tidak menghargai be’kas isterinya serta anak yang diperolehi bersama be’kas isteri iaitu Maryam. 

“Alahai Abe Joe (Fizo) macam tak pernah ada anak je. Habis masa Maryam lahir tak ada perasaan macam ni ke? 

“Pe’lik lelaki zaman sekarang dengan isteri baru macam – macam air mata jantan lah hargai lah itu lah ini lah. Masa isteri lama beranak jugak operate lagi tak hargai. Ben’ci. 

“Tahniah walaupun ayat – ayat memang tak dibafikan boleh mendatangkan sedih buat Maryam dan bekas isteri. Seolah – olah tak pernah wujud. Faham memang bukan itu maksudnya cuma ‘boleh mendatangkan’ fit’nah dan sedih buat orang lain. 

“Bagi statement macam tak pernah ada isteri dan anak sebelum ini. Cuba hormat sikit perasaan dorang tak kira lah bersalin normal ke Czer ke tetap bertarung nyawa nak melahirkan anak.”  

Tidak berdiam diri dengan kata – kata yang diutarakan oleh segelintir mereka, akhirnya Fizo tampil menjelaskan perkara sebenar. 

“Cuba baca ni. Maryam dulu lahir Czer dan saya tak dapat pengalaman yang sama. Boleh faham tak. Tak perlu lah nak komen sounds like so bu’suk you know.  

“Jadi perlu ke saya nak buat throwback sedangkan sekarang ni saya tengah cerita pasal baby saya dan Fazeera. 

“Cuba guna akal yang ada tu dan faham apa maksud yang nak disampaikan. Awak pun ada family kan. Suatu hari nanti awak akan faham. Nega’tif tu simpan lah sikit,” ujar Fizo. 

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan, ohbulan

[2] Gambar, fizoomar, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.