
Tu’lar di laman TikTok seorang pelajar lengkap berpakaian seragam pengawas sekolah menaiki sebuah kereta mewah untuk mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @iswaniekhairi, dia yang mengenakan pakaian sekolah berjalan menuju ke kereta mewah BMW M4.
Video tersebut menjadi tu’lar dan menarik perhatian warganet sehingga mencecah 1.9 juta tontonan serta 100 ribu tanda suka.
Menjelaskan lebih lanjut, pemilik nama sebenar Nurul Iswanie Mohd Khairinizam mengakui video tersebut hanya sebagai kontent untuk sebuah acara anjuran syarikatnya.
“Video saya beritahu nak pergi ambil keputusan SPM tu sebenarnya hanya sebuah content. Content tersebut dibuat pada 25 Jun baru – baru ini bertempat di Connezion, Putrajaya.
“Ia merupakan majlis bagi menghargai keputusan pencapaian cemerlang untuk team dalam bisnes saya. Saya bagi award untuk mereka yang berjaya capai pendapatan lima angka ke atas dan sememangnya kebanyakan daripada mereka adalah pelajar.
“Idea nak buat tema Fi’ght Back To School tu adalah untuk bagi inspirasi kepada semua yang bergelar student untuk percaya bahawa tiada yang mustahil dan tidak boleh dicapai. Saya sendiri dulu ada pengalaman ambil result UPSR jalan kaki sebab kampung dilanda ban’jir.
“Jadi bila ada peluang untuk meraikan sedikit kejayaan, saya buat satu majlis sebagai tanda mengimbau kenangan semula zaman su’sah sewaktu di bangku sekolah ketika belajar dulu,” ujarnya kepada mStar.
Tambahnya lagi, meskipun video tersebut hanya sebagai kontent, namun tujuan sebenarnya adalah untuk menyampaikan pesanan bahawa kita tidak selamanya di ba’wah.
“Dulu saya belajar SBP (Sekolah Berasrama Penuh) Kubang Pasu. Lokasi sekolah tu agak ja’uh dengan rumah saya.
“Wktu tu saya belum ada kenderaan sendiri. Jadi nak tak nak saya terpak’sa tumpang rakan sekolah di sebabkan parents tak dapat hadir berikutan tak dapat cuti atas faktor bekerja.
“Saya nekad pergi sendiri juga semata – mata nak ambil result on time. Lagipun saya dah tak sabar – sabar nak tahu keputusan. Alhamdulillah saya peroleh 7A1B waktu SPM dulu.
Bercerita lanjut mengenai kereta BMW yang dipandunya, sejak menceburi bidang perniagaan dalam talian setahun lalu, dia memilih kereta BMW M4 dan mula memandunya sejak Disember tahun lalu.
Onz tak onzz? Doakan sis straight A 😅🤗
ctto : iswaniekhairi pic.twitter.com/ezGFBrayYl— video viral (@viralv297) June 28, 2022
Meninjau ke ruangan komen, meskipun mereka ‘terti’pu’ dengan konten Iswanie, namun mereka turut bercerita pengalaman ambil result mereka.
“Sya dlu naik mtr ja inikn plk adk ni p ambk result naik bmw”
“Smoga dipermudahkan urusan.. nikmatilah seadanya..”
“Aku amik result Naik basikal parking tepi pagar je..balik jalan kaki basikal kena rembat”
“Uwaaa untung akk ni bole bawak kereta pergi sekolah”
“Hm aku ambil result jalan kaki je taw , bapak tggu dlm kete kt parking tu”
“Aku dulu ambik result dgn ar’wah abah naik kereta.. al-Fatihah buat ar’wah abah”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mstar
[2] Gambar, iswaniekhairi
[3] Video, @iswaniekhairi