(Video) “Kerαs betul tangan..” Gelαgαt Anak Hairul Azreen Menari Macam Robot Buat Ramai ‘Gerαm’

Keluarga selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zulaikha bersama kedua-duanya Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah kerap kali menarik perhatian pengguna media sosial.

Meskipun masih kecil, Yusuf dan Alisa mempunyai jutaan pengikut di laman sosial masing-masing.

Gelagat mereka sering dinanti-natikan oleh para peminat dek kecomelan mereka berdua.

Terbaru, perkongsian daripada Instagram @thealisaaisyah sekali lagi mencuti hati dengan gelagat Yusuf dan Alisa menari seakan-akan macam robot.

Menerusi video itu, mereka berdua seolah-olah menari sakan, sambil diiringi lagu Levitating yang dipopularkan oleh Dua Lipa.

“Some robot dance for everyone,” kapsyen video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji gelagat comel mereka berdua.

“Alisaa dan yusuf taa pernah taa cuteee ge’ram sgt”

“Halah halah tangan tu alisa, eeeee comel”

“Anak no.2 memang penghibur semulajadi”

Sumber:

[1] Rujukan, Himpunan Cerita Lawak

[2] Gambar utama, Instagram @thealisaaisyah dan Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.