“Saya teringin lihat anak berjaya sebagai…” Ini Harapan Lisa Surihani Untuk Anαk-Anαknya

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak – anak mereka seperti mahukan pendidikan yang terbaik serta pekerjaan yang menjamin masa depan. 

Hal ini sama dengan pelakon dan pengacara Lisa Surihani mahukan yang terbaik untuk anak – anaknya iaitu, Yahaira Leanne, Yusof Leonne serta Yunos Laith. 

Meskipun begitu, Lisa meluahkan keterujaan apabila kedua – dua anaknya, Yahaira dan Yusof terlibat dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. 

Sebelum menerima tawaran Datin Seri Tiara Jacquelina, Lisa mengambil sedikit masa untuk memikirkan keselesaan kedua – dua anaknya. 

“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali. 

“Tanpa memikir panjang saya menerima pelawaan itu dan beliau meminta untuk bawa bersama dua anak saya (Yahaira Leanne & Yusof Leonne) turut serta dalam video tersebut. 

“Saya mengabil masa untuk membuat keputusan, sudah pasti saya perlu memikirkan terlebih dahulu tentang keselesaan anak – anak, dikhuatiri mereka tidak selesa dan sebagainya. 

“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa mereka bersama, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video. 

“Bila mereka dah berlakon tu, pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok,” ujarnya kepada Gempak. 

Selain itu juga, memandangkan usia anak – anaknya masih terlalu awal, Lisa tidak bercadang untuk mendedahkan anaknya kepada industri lakonan . 

“Saya tidak boleh memberi kata pu’tus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda. 

“Saya masih memikirkan zaman kanak – kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka. 

“Saya terungin melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” tambah Lisa yang hadir ke program MeleT0P sebagai tetamu jemputan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, lisasurihani

Leave a Reply

Your email address will not be published.