
Baru – baru ini, penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa keping foto memaklumkan beliau sekeluarga telah bercuti ke luar negara.
Memilih London sebagai destinasi percutian kali ini, Datuk Siti berkongsi keterujaan kedua – dua anaknya ketika berada di sana.
Kali ini percutian mereka sekeluarga agak jauh setelah dua tahun tidak berpeluang ke luar negara dan memilih London sebagai tempat percutian mereka.
Video tersebut turut dimuat naik ke akaun Instagram anaknya Siti Aafiyah dimana mereka sekeluarga melawat Kota London.
Menurut Datuk Siti, cuaca di sana agak baik dan sesuai untuk mereka sekeluarga meronda sekitar Kota London.
Menerusi video tersebut, Aafiyah tidak berpaling muka memandang ke luar tingkap kenderaan saat meronda – ronda menaiki kenderaan tersebut.
Pada awalnya, hanya Datuk Siti dan dua anaknya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sahaja bertolak ke sana, kemudian barulah suaminya iaitu Datuk Khalid Jiwa bertemu mereka di sana.
Aafiyah 1st time in London 🥰 Teruja betul anak ibu tengok view luar..
ctto: aafiyahkhalid pic.twitter.com/SsUflElW5C— video viral (@viralv297) June 30, 2022
Meninjau ke ruangan komen, rata –rata warganet turut berkongsi keterujaan serta kegembiraan melihat Aafiyah seronok bercuti di sana.
“Rezki afiyah kecik lg dah dpt tengok london.nek dah tuo2 ni…merasa tengok dlm tv je”
“Untung afiyah..kecil lg dah smpai london dubai…auntie yg dah tua ni x tahu smpai bila”
“Comel je Aafiyah ni, sejuk mata memandang. Selamat bercuti dan harap Aafiyah happy”
“Anak manis comel,wow bestnye jln2”
“Rezeki Aafiyah kecik2 dh sampai kota London…”
“Enjoy your holiday with the family kak siti…”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, beritakopak
[2] Gambar, ctdk, aafiyahkhalid
[3] Video, aafiyahkhalid