“Kalau sayang anak, bagilah…” Guna Tempat Duduk Bayi Dalam Kereta, Ayda Jebat Titip Pesαnαn Buat Orαng Ramai

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah 9 bulan bergelar seorang ibu kepada puterinya iaitu Ana Nayla. 

Sering berkongsi perkembangan anaknya, Ayda sentiasa menitikberatkan mengenai gaya pemakanan serta keselamatan anaknya. 

Ayda Jebat juga tidak lo’kek untuk berkongsi ilmu serta pengalaman yang melibatkan perkembangan anaknya. 

Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian Ayda Jebat di laman Insta Storynya berkenaan penggunaan tempat duduk bayi di dalam kereta. 

Pesanan dibuat Ayda Jebat kepada mereka yang masih memandang ren’dah tentang keselamatan anak mereka dan itu untuk kepentingan bayi mereka juga. 

“Pesanan untuk mommies dan daddies. Kalau sayang anak, bagilah anak duduk dekat (baby) car seat. Demi keselamatan si kecil. Percentage orang kita tentang kepentingan car seat ni memang ren’dah. 

“Kita jangan tergolong dalam kategori itu. Yang suka pegang baby sambil duduk depan atau ada sahaja car seat tapi ma’las nak letak… please. Dari kecil kena educate baby untuk duduk car seat. 

“Ok itu sahajalah. Saya akan tengok sesiapa kawan yang ada baby tak dudk car seat, saya akan DM dan remind. Sebab saya sayang korang,” kapsyennya. 

Untuk makluman, Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada September tahun lalu. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, aydajebat, ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.