“2 minggu sudah, mommy boleh ‘reveαl’ dah…” Elisya Sandha Dedαh Wajah Anαk Setelah Dua Minggu

Pelakon cantik Elisya Sandha yang juga merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha telah selamat melahirkan cahaya mata pada 18 Jun lalu. 

Menantu kepada penerbit drama Shiela Rusly memilih nama Bunga El Haq untuk anaknya berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya. 

Menjalani proses berpan’tang di rumah Shiela Rusly, Elisya bertuah kerana dilayan seperti puteri oleh keluarga mentuanya. 

Terbaharu, perkongsian Elisya mencuri tumpuan ramai apabila dia membuat keputusan untuk mendedahkan wajah puteri sulungnya. 

Perkongsian tersebut dibuat Elisya menerusi Insta Story akaun anaknya iaitu @bungaelhaq memandangkan anaknya kini sudah berusia dua minggu. 

“Alhamdulillah, banyak yang mommy belajar pasal you @bungaelhaq sampai kadang2 rasa macam mommy susah nak faham your body language. 

“All in all mom’s instinct is always right and Alhamdulillah you’re easy. Tak mudah menangis. I’m a proud mommy. I love you,” tulisnya. 

Untuk makluman, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, beritakopak

[2] Gambar, bungaelhaq, sheilarusly_jspictures, majalahpama

Leave a Reply

Your email address will not be published.