
Merakam video ataupun mengambil gambar sebagai kenangan adalah perkara perlu ketika bercuti, tidak kiralah di dalam atau luar negara.
Momen – momen tersebut akan diabadikan ke laman media sosial seperti Instagram, Facebook mahupun TikTok.
Hal ini sama dengan penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sedang bercuti ke luar negara, Dubai dan kemudian London.
Berkongsi beberapa foto serta video ketika beliau dan keluarga di sana, ramai peminat teruja dengan perkongsiannya ditambah dengan kedua – dua anaknya disamping iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Terbaharu, Datuk Siti berkongsi videonya sedang berlari – lari anak sambil memimpin anak sulungnya, Aafiyah di Hyde Park, London.
Menerusi perkongsian Datuk Siti, konsert penyanyi terkenal iaitu Adele akan berlangsung di Hyde Park dan Datuk Siti menanti konsert tersebut.
macam kakak dengan adik 😍
ctto: ctdk pic.twitter.com/b1UM0CXflj— video viral (@viralv297) July 2, 2022
Perkongsian Datuk Siti telah meraih sehingga 42 ribu tanda suka serta pelbagai komen daripada rakan selebriti dan juga para peminat.
“Comelnya Aafiyah.. sebijik tokti masa muda”
“Subhanallah.. bahagia.. kita2 semua bahagia aamiin”
“Kenapa macam kakak adik ja .. Tok tik awet muda”
“Bahagianya Kakiti.. mcm Kakak dengan adik jerrr”
“Eh siti nurhaliza masa kecik”
“Wahh best aafiyah cuti dgn ibu”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Gambar dan video, ctdk